Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Projek jambatan kedua Malaysia - Thailand mula Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 13 Januari 2007

Projek Jambatan Bukit Bunga

JELI 13 Jan 2007- Pembinaan jambatan kedua menghubungkan Malaysia-Thailand menerusi Pekan Bukit Bunga, disini dengan Bukit Tar di negara jiran itu tertangguh hampir dua tahun lalu, kini bermula.

   Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed, berkata kontraktor yang diberi tanggungjawab melaksanakan projek bernilai RM 7 juta itu sudah memulakan kerja membersih tapak sejak dua hari lalu.

   Beliau berkata, kerja tapak itu dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum pembinaan jambatan dapat dilaksanakan.

   "Saya bersyukur kerana jambatan yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda rakyat di Jeli, akhirnya dapat juga dimulakan.

   "Jambatan itu sepatutnya sudah dibina lebih awal daripada dijangkakan kerana ia termasuk dalam peruntukan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) lalu," katanya ketika meninjau kawasan pembinaan jambatan berkenaan di pinggir Sungai Jenub, BukitBunga, dekat sini, semalam.

   Mustapa yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, sebelum ini pembinaan jambatan itu tertangguh berikutan masalah sempadan, selain spesifikasi jambatan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu antara kedua negara terbabit.

   Katanya, pembinaan jambatan berkenaan akan disusuli pula dengan pembinaan sebuah kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang menelan belanja RM 30 juta.

   "Jambatan sepanjang 120 meter dengan lebar 15.9 meter itu menjadi pemangkin kemajuan ekonomi penduduk sekitar sempadan dan dijangka siap akhir 2008," katanya.

   Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas rakan sejawat dari Thailand, Thaksin Shinawatra meletakkan batu asas pembinaan jambatan yang menghubungkan kedua negara berkenaan, kira-kira dua tahun lalu. 

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement