Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 KPPM Adnan Hasilkan Makanan Ternakan Berasaskan Jerami Padi Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Mac 2009

DSCN0054.JPG

Jerami Di Turunkan Dari Lori Untuk Proses Pemeraman

BATU GAJAH 01 MAC 2009 – En.Adnan Hamid, Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) DUN Bukit Bunga membuat percubaan kali pertama menghasilkan makanan ternakan dari jerami padi, dekat sini, semalam.

Beliau yang ditemui berkata, setelah melawat ke Indonesia baru-baru ini, idea untuk menghasilkan sumber makanan ternakan berasaskan jerami padi tercetus setelah melihat masyarakat di sana menggunakan bahan tersebut untuk diberi makan kepada ternakan yang dipelihara oleh mereka.

“ saya mendapatkan 500 Kg jerami padi di Machang dan hari ini kita melakukan peraman yang mengambil masa satu ke dua minggu untuk digunakan.

“ antara bahan-bahan yang diperlukan untuk proses peraman jerami ini kita perlukan 1 liter cecair EM ( Effective Micro- Organisme ), Gula Merah dan 18 liter air tanpa klorin” katanya.

“ EM dan gula merah dicampur bagi membekalkan tenaga kepada ternakan.

“ setelah cukup tempoh peraman kelak, saya akan membahagikan makanan ini untuk penternak projek ternakan Parlimen Jeli sekitar DUN Bukit Bunga untuk mencubanya” tambah beliau lagi.

Katanya lagi sewaktu ditemui, ini adalah ilmu yang dipelajari di Indonesia dan mencubanya di Parlimen Jeli kerana ia secara tidak langsung dapat menjimatkan kos pembelian makanan ternakan dan menguntungkan.
ANK AYH NE.jpg

Ahli Keluarga En.Adnan Membantu Melaksanakan Proses Pemeraman Jerami

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement