Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Terima Kasih YB.Dato' Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Februari 2009

P2220346.JPG

Kamri Seman, Ketua Kelompok Ternakan Kambing Kampung Kelisar

KELISAR 26 FEBUARI 2009 – “ saya bangga dengan semangat yang ada pada masyarakat di Indonesia untuk memajukan diri mereka melalui ternakan” kata Mohd Kamri Seman,32, ketua peserta projek ternakan kambing berkelompok Parlimen Jeli, sewaktu ditemui dikandang ternakan beliau, dekat sini, hari ini.

“ saya selaku peserta projek ternakan banyak pengalaman yang berguna dapat saya timba sepanjang berada di sana.

“mereka menjalankan projek ternakan dengan bersungguh-sungguh” katanya.

Sewaktu ditemubual juga, dari aspek pemakanan ternakan, masyarakat di sana memanfaatkan sepenuhnya tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan ternakan.

Di samping itu juga, beliau turut berkata, boleh dikatakan setiap rumah di daerah Surabaya dan Yogyakata mengusahakan ternakan kambing sekaligus dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

“ setelah berada disana, kini semangat saya untuk meningkatkan lagi ternakan saya, bertambah” tambahnya.

Beliau yang kini memelihara 39 ekor kambing jenis Jamnapari mengusahakan ternakan bersama dua lagi peserta di kawasan yang sama serta kini dalam persiapan membina pusat penyembelihan dan jualan kepada sesiapa yang memerlukan daging kambing.

Sehubungan dengan itu juga, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed kerana memberi peluang kepada beliau untuk menimba pengalaman di sana.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement