Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Tabika Bukit Jering DiLengkapi Dengan Kemudahan Komputer Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Februari 2009

DSCN2353.JPG

Pn.Hasinah Menunjukkan Komputer Yang Di Bekalkan Kepada Tabika Berkenaan

BUKIT JERING 01 FEBUARI 2009 – Tabika KEMAS Hjh.Rahimah, Kampung Bukit Jering dilengkapi dengan kemudahan komputer, ketika membuat liputan dekat sini, hari ini.

Guru tabika berkenaan, Pn. Hasinah Bt. Abd. Rahman yang di temui berkata, komputer ini dibekalkan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar yang belajar di tabika ini.

“kemudahan ini secara tidak langsung membiasakan kanak-kanak dengan teknologi terkini dan ia juga dapat memupuk semangat ingin belajar dikalangan kanak-kanak”

Di Parlimen Jeli sahaja terdapat 40 buah tabika KEMAS dan hanya sebilangan sahaja dibekalkan dengan komputer berdasarkan jumlah pelajar serta keselamatan di tabika.

“secara peribadi saya menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana berusaha membangunkan anak bangsa melalui pendidikan”

“walaupun kita di kawasan luar Bandar, tetapi pihak kerajaan tidak pernah menyingkir kami di sini, pelbagai kemudahan dibekalkan untuk mendidik anak bangsa untuk terus maju dalam pendidikan” tambah beliau.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement