Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Dato' Pa dan keluarga selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 21 Disember 2006

Dato Pa ke Tanah Suci.jpg

KUALA LUMPUR 21 Dis 2006 -   Menteri Pengajian Tinggi, yang juga Ahli Parlimen Jeli YB Dato’ Mustapa Mohamed bersama isteri Datin Khamarzan Ahmed Meah serta anak bongsu mereka selamat berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadat haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

   Turut berada di KLIA bagi mengucapkan selamat jalan ialah pegawai-pegawai beliau serta beberapa pemimpin Umno Bahagian Jeli termasuk Setiausaha Bahagian dan Ketua Pemuda. Dato' Mustapha Taib mengetuai bacaan doa sebelum Dato' Pa dan keluarga berlepas ke Tanah Suci.

   Terdahulu, majlis tahlil dan solat hajat yang telah dihadiri lebih 500 rakyat dari seluruh kawasan parlimen itu diadakan di kediaman beliau di Darul Falah, Jeli pada 16 Disember lalu. Majlis yang sama juga turut diadakan di rumah ibubapanya di Bachok pada keesokan harinya.

Majlis berkenaan diadakan bertujuan mendoakan semoga pemergian Dato’ Pa dan keluarga ke Tanah Suci tahun ini dalam keadaan selamat serta dapat menunaikan ibadat haji dengan sempurna.

   Sesungguhnya rakyat Jeli amat bertuah kerana mendapat seorang pemimpin yang kuat berpegang dengan ajaran agama dan cakna terhadap permasalahan rakyat.

   Dato’ Pa dan keluarga dijangka pulang ke tanah air pada 7 Januari 2007. 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement