Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Ilmu Yang Ditimba Untuk Di Sampaikan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Januari 2009

IMG_0348.JPG

 

Pn.Roslinah Semasa Menyampaikan Ucapan

 

JENUB 01 JANUARI 2009 – Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Jeli, Pn.Roslinah Mohamed hari ini berharap ilmu yang ditimba sepanjang menyertai kem fardhu ain tiga hari lalu dapat di sampaikan kepada keluarga, sanak-saudara terdekat semasa berucap di Majlis Perasmian Penutup Kem Fardhu Ain Siri 4, dekat sini.

 

Ilmu yang diperolehi diharapkan dapat diperturunkan terutama kepada anak-anak agar dapat membentuk generasi yang bertakwa kepada ALLAH S.W.T sekaligus juga turut cemerlang di dunia.

 

Sepanjang hampir sebulan yang lalu, Pusat Dakwah Parlimen Jeli dengan jayanya melaksanakan program fardhu ain yang telah disertai pelbgai peringkat umur antaranya peringkat pelajar sekolah lelaki dan perempuan , pemuda dan wanita.

 

Hal yang demikian, mengambil kata-kata YBhg.Datuk Dr.Azmi Setapa, Naib Ketua UMNO Bahagian Jeli minggu lalu, program ini bukanlah sebagai kayu pengukur dan memadai.

 

Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan pihak UMNO Bahagian akan terus melaksanakan pelbagai program seumpama ini untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat di Parlimen Jeli.

IMG_0341.JPG

Antara Peserta Kem Fardhu Ain Siri 4

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement