Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Bertuah Dapat Sertai Kem Fardhu Ain Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 31 Disember 2008

IMG_0342.JPG

Barisan Peserta Kem

JENUB 31 DISEMBER 2008 – Rata-rata peserta wanita kem fardhu ain siri 4 ditemui menyatakan mereka amat bertuah menyertai program tersebut.

Pn. Pauziah Ab.Rahman sewaktu ditemui berkata program ini amat baik dan wajar diteruskan sebagai medan pendidikan masyarakat Parlimen Jeli.

“banyak perkara kami pelajari disini, setelah kami menyertai program ini, masih banyak lagi perkara yang kami perlu pelajari terutama dalam mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk, bacaan dalam solat dan sebagainya.”

“kami semua amat bertuah mempunyai Ahli Parlimen seperti YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang terlalu cakna dengan kami semua di Parlimen Jeli”

“Jasa dan bakti YB.Dato’ Mustapa Mohamed tidak dapat kami balas, pendidikan keagamaan amat beliau tekankan di Parlimen Jeli” katanya.

Sewaktu ditemui hari ini, para peserta sedang mengikuti kursus pengurusan jenazah secara teori dan praktikal.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement