Carian  
06 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 150 Terima Ternakan Ayam Kampung Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 29 Disember 2008

CIMG2361.JPG

Ternakan Ayam Yang Di Berikan

BUKIT NANGKA  29 DISEMBER 2008 – Seramai 116 orang hadir daripada 150 orang yang layak menerima bantuan ternakan ayam kampung dibawah Program Bumi Hijau yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan kerjasama Pejabat Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli, dekat sini, semalam.

Program taklimat serta penyampaian kit bumi hijau semalam dirasmikan oleh En.Khairul Ikhwaniza Zahari yang merangkap Ketua Pergerakan Pemud UMNO Bahagian Jeli.

Taklimat ternakan ayam kampung disamaikan oleh Pegawai dari Unit Unggas jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, En.Azemi Mahmud.

Penerima kit bumi hijau diberi pendedahan berhubung dengan pemeliharaan serta cara-cara-cara yang sistematik dalam pemeliharaan ayam kampung.

Program dibawah jaminan makanan Negara ini secara tidak langsung dapat engurangkan kebergantungan kepada pasaran malah ia secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi peserta sekiranya mempunyai daya kreativiti yang inggi dalam menghasilkan induk ayam kampung.

Masing-masing menerima 25 ekor anak ayam, 2 unit palung makanan dan minuan, 1 beg makanan seberat 50kg serta ubatan dan vitamin.

En.Azemi dalam ucapan berkata, dengan 25 ekor ayam kampung yang diberikan ini, penerima kit mampu menghasilkan ribuan anak  ayam dengan menggunakan teknik penetasan telur.
CIMG2360.JPG

Bantuan Makanan Turut Di Berikan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement