
Datuk Dr.Azmi Menyampaikan Sijil Penyertaan Kepada Peserta Sambil DiPerhatikan Oleh En.Khairul Ikhwaniza (Kanan)
JENUB 28 DISEMBER 2008 – Datuk Dr. Azmi Setapa merasmikan Kem Fardhu Ain Siri 3 Parlimen Jeli, dekat sini, hari ini.
Datuk Dr.Azmi Setapa dalam ucapan perasmian penutup sebentar tadi berkata, peserta yang terpilih untuk menyertai kem ini merupakan peserta yang bertuah.
“di sini kita idak meminta sebarang bayaran, ia secara percuma, apa yang penting biarlah program yang kami rancang dan laksanakan ini memberi kesan yang baik kepada setiap orang yang menyertainya”
“Selepas pulng ke rumah masing-masing, saya berharap ada perubahan berlaku pada kita masing-masing, jika dulu kita sering melengah-lengahkan solat, menganggap urusan agama ini remeh-temeh, saya berharap selepas ini tidak akan ada lagi anggapan sedemikian” kata beliau.
Sehubungan dengan itu juga, beliau turut menyampaikan pesan dan harapan YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli agar program ini menjadi titik-tolak perubahan kearah kebaikan setiap diri golongan muda di Parlimen Jeli.
“jika hendak dihitung, empat hari bukan lah satu jangka masa yang panjang tetapi biarlah empat hari ini menjadi satu makna untuk terus kita belajar berubah dan bermuhasabah diri untuk terus mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T” tambahnya.
Turut Hadir dalam majlis yang sama, Setiausaha Sulit Kanan Kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, En. Irwan Mansor serta En.Kharul Ikhwaniza Zahari, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli.

Kanan : En.Irwan Mansor Yang Turut Hadir