
Barisan Peserta Pemuda Kem Fardhu Ain Siri 3
JENUB 26 DISEMBER 2008 – Seramai 113 ahli Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Parlimen Jeli menyertai Kem Fardhu Ain Siri 3 2008 dekat sini,semalam.
Program ini merupakan program penerusan kepada siri-siri yang lalu demi membentuk masyarakat Parlimen Jeli yang tinggi dari segi jati diri serta dari segi keagamaan.
Program yang berlangsung di Pusat Dakwah parlimen Jeli ini bakal dilanjutkan dengan beberapa siri lagi sekaligus mencapai hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed untuk melihat masyarakat Parlimen Jeli yang berpendidikan serta mempunyai moral yang terbaik.
Pelbagai aktiviti diadakan antaraya ceramah agama, pendedahan berkenaan isu-isu semasa, pengurusan jenazah, bacaan kitab, hukum tajwid dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu juga, di samping mempelajari hukam-hakam agama peserta juga didedahkan dengan aktiviti riadah sekaligus dapat meningkatkan kecedasan akal dan fizikal peserta sekaligus dapat melahirkan generasi yang sihat serta bebas dari aktiviti yang tidak sihat.

Praktikal Pengurusan Jenazah Oleh Peserta