
Peserta Kem Fardhu Ain Siri 2 Pusat Dakwah Parlimen Jeli
JENUB 24 DISEMBER 2008 – 128 peserta muslimat Kem Fardhu Ain Siri 2 dengan jayanya menamatkan kem tersebut, dekat sini, hari ini.
Kem yang berlangsung selama 5 hari tersebut memuatkan pelbagai pengisian rohani untuk dimanfaatkan oleh golongan muda di Parlimen Jeli.
Program yang diilhamkan sendiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed ini mempamerkan kejayaannya setelah selesainya siri pertama minggu lalu dan kedua hari ini.
Hasrat serta cita-cita yang tinggi oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang ingin melihat golongan muda terutamanya menjadi modal insan yang beragama dan berilmu.
Program perasmian penutup hari ini dirasmikan oleh En.Azman Che Mat Ketua Unit JQAF Pejabat Pelajaran Jeli.

Minggu Lalu Peserta Kem Fardhu Ain Siri 1 Berjaya Menamatkan Kursus