Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Peniaga Bukit Bunga Adakan Majlis Tolak Bala Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 12 Disember 2006

BUKIT BUNGA 12 Dis 2006 -Elak bencana dan murahkan rezeki menjadi tunjang Majlis Terbuka dan Kesyukuran Peniaga-Peniaga Gerai 12, dekat sini.

   Menurut Pengerusi Peniaga-Peniaga Gerai 12, Kamaruddin Che Ishak, 54, selari dengan permohonan menolak bala dan sebarang kejadian yang tidak diingini, para peniaga itu juga turut mengadakan solat hajat.

   Katanya, dua minggu lalu sebuah rumah penduduk berhampiran kawasan Bukit Bunga hangus disyaki dilakukan pencuri yang masuk ke rumah itu dan banyak kes kecurian lain berlaku.

   "Kami harap dengan mengadakan sembahyang hajat dan majlis kesyukuran dapat mengelak kejadian seperti itu terus berlaku di sini," katanya.

   Berikutan pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku, menyebabkan wujud kegusaran di kalangan penduduk dan mereka bimbang jika kejadian seumpama itu berterusan mengakibatkan mereka mengalami kerugian.

   "Kami tidak tahu kenapa pencuri sanggup lakukan apa sahaja jika mereka tidak dapat apa yang diingini dan kedai kami berkembar antara satu sama lain. Jika dia buat hal dengan membakar salah satu daripadanya, semua kedai akan turut terlibat," katanya.

   Mereka berharap pencuri yang membuat kecoh di situ dapat ditangkap secepat mungkin supaya mereka dapat berniaga dengan aman.

   Selain peniaga, pengunjung juga turut dijemput menjamu selera dengan hidangan laksa dan laksam yang disediakan.

   Segala peruntukan dan perbelanjaan majlis berkenaan adalah hasil pungutan dan sumbangan peniaga-peniaga Gerai 12.

   Lebih 140 peniaga berniaga di kawasan berkenaan yang kebanyakannya menjual barangan daripada Thailand.

   Kakitangan jabatan kerajaan kawasan Bukit Bunga turut dijemput bagi memeriahkan majlis yang bermula jam 2 petang hingga 5 petang itu.

-Sinar harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement