
Insp.Razak Sewaktu Menyampaikan Ceramah
JENUB 24 DISEMBER 2008 – Peserta Kem Fardhu Ain Siri 2 hari ini mendapat pendedahan berkenaan kes-kes jenayah masa kini sewaktu ceramah yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli, dekat sini, hari ini.
Slot tersebut diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan yang jelas kepada peserta berkenaan kegiatan jenayah yang berlaku pada masa kini di seluruh Negara.
Di samping itu juga, peserta kem fardhu ain juga didedahkan dengan kes-kes penyalahgunaan dadah serta jangkitan penyakit merbahaya terutama jangkitan AIDS.
Secara tidak langsung, pendidikan ini dapat membendung serta memberi pendidikan kepada peserta dalam memilih kawan agar mereka tidak terjerumus dalam lembah yang hina itu.
Insp.Razak Shabuddin dalam ceramahnya dekat sini pagi tadi memuatkan pelbagai kisah serta maklumat yang berguna untuk dimanfaatkan oleh peserta. Antaranya berhubung kemalangan jalanraya, penyalahgunaan dadah, bunuh, rogol, rompak, AIDS dan sebagainya.
Pendedahan serta pendidikan seumpama inilah amat dititik-beratkan oleh Ahli Parlimen Jeli agar Parlimen Jeli dapat melahirkan insan-insan yang bukan sahaja berjaya dalam pendidikan malah mempunyai kepribadiaan yang mulia.

Peserta Khusyuk Mendengar Ceramah Yang Di Sampaikan