
En.Mat Abu Hamat Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan
BUKIT JERING 23 DISEMBER 2008 – “masyarakat bermaklumat merupakan masyarakat yang maju dan kesedaran menjadikan budaya ini sebagai amalan akan memberikan satu nilai tambah dalam mengangkat martabat, maruah dan integriti dalam masyarakat Budaya membaca seharusnya di jadikan amalan sekiranya mahu memiliki ilmu pengetahuan.” kata En.Mat Abu Hamat Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Bukit Jering ketika berucap pada majlis perasmian kempen galakan membaca yang di adakan di perpustakaan desa Bukit Jering, baru-baru ini.
Kempen galakan membaca itu merupakan misi kerajaan dalam memupuk budaya membaca sepanjang hayat yang di telah di lancarkan baru-baru ini.
Dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam memupuk budaya membaca dikalanan anggota masyarakat, pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan sebagai contohnya perpustakaan desa.
“bahan-bahan yang berkualiti dimuatkan disetiap perpustakaan desa yang disediakan sekaligus dapat memberi manfaat besar dan secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat yang berilmu” katanya.
Program yang berlangsung selama sehari itu turut dimeriahkan dengan pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak, gubahan serta teka silangkata.