
Antara Rumah Yang Di Tengelami Air Banjir
JELI 30 NOVEMBER 2008 – Seramai 1,275 penduduk Jeli dekat, sini semalam di pindahkan ke empat pusat pemindahan banjir di jajahan berkenaan sehingga jam 3 petang, semalam.
Bilik Gerakan Banjir jajahan Jeli ketika dihubungi Sinar Harian menjelaskan bahawa, kawasan paling teruk di timpa bencana banjir ialah Kampung Kalai.
“Sejumlah 380 penduduk kampung Kalai di pindahkan di ikuti Lubok Bongor(348),Jeli Lama(186), Batu Melintang(138), Kuala Long (75) dan lain-lain tempat 148 orang.
Katanya, empat pusat pemindahan yang dibuka ialah Sekolah Menengah Kebngsaan Jeli, Sekolah Kebangsaan Kalai, Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas serta rumah penghulu Shafie di Kuala Long.
Dalam pada itu, bagi mangsa banjir Siti Aishah Yaacob,46 ketika di temui berkata, air mulai naik pada jam 3 pagi, semalam.
“Ketika meninggalakan rumah air baru sahaja mencecah paras lutut dan tengah hari semalam, rumah saya mulai tenggelam.
“Hanya sebahagian barang-barang sahaja yang sempat di selamatkan, yang penting selamatkan diri terl
ebih dahulu, “katanya yang menetap di pusat pemindahan banjir di SMK Jeli sejak, semalam.
Bagi Mek Som taib, 53, pula berkata, berkemungkinan banjir pada tahun ini lebih buruk pada tahun sebelumnya.
“Namun, inilah yang terpaksa di hadapi setiap tahun, yang penting kita terus bersabar dengan ujian yuang diberikannnya

Mangsa Banjir Yang Terkandas