
YB.Dato' Mustapa Menyampaikan Sumbangan Kepada Salah Ceorang Pelajar Cemerlang
DARUL FALAH 24 NOVEMBER 2008 – Seramai 126 pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Jeli yang mendapat 5A menerima sumbangan ikhlas daripada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, dekat sini , semalam.
Majlis Anugerah Pelajar-Pelajar Parlimen Jeli 2008 tersebut dirasmikan sendiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed di kediaman beliau sekaligus merasmikan kelas tuisyen bagi sesi 2009.
YB.Dato’Mustapa Mohamed dalam ucapan beliau semalam turut berkata berharap agar para pelajar yang cemerlang tersebut dapat meneruskan kecemerlangan tersebut sejauh yang mungkin.
“ UPSR adalah permulaan kejayaan para pelajar, kamu semua masih mempunyai banyak lagi tahap yang harus dilalui untuk berjaya”
“teruskanlah berusaha untuk melangkah dan menempah lebih banyak lagi kejayaan selepas ini”
“saya sentiasa berharap agar tahun-tahun yang akan datang, lebih ramai pelajar dapat dihasilkan di Parlimen Jeli”tambah beliau sejak 14 tahun kelas tuisyen Darul Falah ditubuhkan.

Turut Hadir : YB.Datuk Abdul Aziz Derasid Menyampaikan Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang