Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 RM 2.6j Tangani Haiwan Liar Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 10 Disember 2006

Program Jiwa Murni Palapes

JELI 10 Dis 2006 - Kabinet meluluskan RM2.6 juta bagi pembinaan parit dan pagar elektrik untuk mengatasi ancaman penduduk sekitar Jajahan Jeli.

   Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed berkata RM 2.2 juta akan digunakan bagi pembinaan parit menghalang pencerobohan gajah, manakala RM 400,000 bagi pembinaan perangkap dan pagar elektrik.

   Beliau berkata, usaha mengatasi gajah dan harimau akan dibuat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di kawasan Sungai Rual, Seberang dan Berdang.

   "Peruntukan ini diluluskan selepas serangan harimau yang hampir mengorbankan warga emas, Mek Jah Semail, 65, baru-baru ini.

   "Saya memberi perhatian serius terhadap ancaman haiwan liar sehingga menyebabkan kemalangan menimpa Mek Jah dan menghargai Kabinet kerana meluluskan peruntukan ini", katanya.

   Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Program Jiwa Murni bersama 600 anggota Palapes UiTM di sini, semalam.

   Sementara itu, Timbalan Pengarah Perhilitan Kelantan, Hasni Abu Bakar, berkata sehingga semalam, tiada harimau memasuki dua perangkap yang dipasang sekitar 100 hingga 500 meter dari lokasi Mek Jah diserang.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement