
Empat Dari Kanan : Saudara Bakri Daud Bersama Barisan Rakan-Rakan Serjuangan Di Arena Politik
JEDOK 31 OKTOBER 2008 – Mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri, dekat sini, semalam.
Kira-kira seramai 300 orang telah memenuhi perkarangan kediaman saudara Bakri Daud, bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jeli tersebut.
Majlis yang bermula kira-kira jam 1.00 tengahari tersebut berakhir kira-kira jam 5.00 petang dengan kehadiran rakan seperjuangan dalam arena politik serta sahabat handai dan masyarakat setempat.
Beliau sewaktu ditemui berkata, majlis rumah terbuka ini sudah menjadi tradisi bagi mereka untuk merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat.
Majlis diserikan dengan dendangan lagu-lagu raya oleh kumpulan muzik jemputan serta pelbagai hidangan untuk dinikmati tetamu yang hadir

Suasana Sambutan Di Majlis Berkenaan