Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Latihan Amali Pelajar IPT Dilanjut Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 10 Disember 2006

JELI 10 Dis 2006 - Kerajaan bersetuju memanjangkan tempoh latihan amali pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kepada enam bulan.

   Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tempoh tiga bulan yang dipraktikkan selama ini agak singkat untuk mereka menimba pengalaman dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan.

   Sehubungan itu katanya, arahan telah dibuat supaya aspek latihan dikaji semula dan penekanan turut diberikan dalam bidang komunikasi, teknologi maklumat (ICT), soft skill dan keusahawanan bagi memastikan pelajar dapat menampung keperluan pasaran kerja.

   "Kami sedari tempoh 12 minggu untuk pelajar menjalani latihan amali adalah tidak memadai. Kalau dalam tempoh enam bulan, peluang kerja yang menanti mereka semakin cerah. Sudah jelas visi dan misi mereka untuk bekerja", katanya.

   Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Anak Angkat (OPKIM) di sini, hari ini.

   Program anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu disertai oleh kira-kira 600 pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) daripada empat cawangan UiTM di Shah Alam, Perlis, Terengganu dan Melaka.

   Program julung-julung kalinya diadakan melibatkan aktiviti turun padang pelajar UiTM bersama penduduk kampung di empat kampung di jajahan itu.

   Hadir sama ialah Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.

   Mengulas lanjut, Mustapa berkata, latihan yang dijalankan selama tiga bulan itu hanya bertumpu kepada kerja-kerja asas tanpa terdedah kepada skop kerja sebenar.

   Keadaan itu menyebabkan ramai di kalangan graduan sukar mendapat pekerjaan sekaligus menyebabkan mereka menganggur kerana gagal memenuhi keperluan yang dikehendaki majikan, katanya.

   Beliau berkata, dengan memanjangkan tempoh latihan amali itu pelajar akan lebih fokus kepada matlamat dan visi di alam pekerjaan yang bakal ditempoh mereka.

   Namun begitu, beliau memberitahu, kajian terperinci dan mendalam bagi pelaksanaannya sedang dibuat kerana ia melibatkan kos dan tenaga pensyarah di sesebuah IPT itu.

   Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum merupakan pelengkap kepada pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan.

   Katanya, ini kerana kemahiran berkomunikasi, sahsiah diri dan pengalaman dalam menjalani latihan amali dapat membuka peluang kepada pelajar berkenaan untuk mudah mendapat pekerjaan.

- Utusan Malaysia -

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement