
Keramahan YB.Dato' Mustapa Mohamed
HOSPITAL JELI 30 SEPTEMBER 2008 – YB.Dato’ Mustapa Mohamed telah turun ke Hospital Jeli bagi menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada pesakit yang terlantar di hospital berkenaan baru-baru ini.
Budi pekerti YB.Dato’ Mustapa Mohamed terhadap masyarakat di Parlimen Jeli telah diketahui umum dan ekoran daripada itulah beliau amat di senangi oleh seluruh warga di Parlimen Jeli.
Sekiranya beliau mempunyai program lain di Parlimen Jeli, isteri beliau, YBhg. Datin Khamarzan Ahmed Meah akan menggantikan tempat beliau untuk menziarah warga Parlimen Jeli yang uzur di hospital terbabit.
YBhg. Datin Khamarzan boleh dikatakan setiap bulan akan ke hospital tersebut untuk menjengguk mana-mana rakyat di Parlimen Jeli yang menghadapi masalah kesihatan. Kecaknaan mereka berdua bukan sahaja kepada masyarakat Parlimen Jeli bah kan kepada pembangunan dalam pelbagai aspek di Parlimen Jeli.
Pada Ogos lalu, YB. Dato’ Mustapa Mohamed telah menyediakan serta merasmikan Pusat Hemodialisis Hopital Jeli serta 4 unit mesin hemodialisis untuk pesakit buah pinggang menjalani rawatan di hospital berkenaan yang sebelum ini terpaksa menjalani rawatan di Hospital Tanah Merah yang agak jauh dari Bandar Jeli.
Perancangan demi perancangan di atur dan di agendakan demi melahirkan Parlimen Jeli yang tersohor bukan sahaja di kalangan semenanjung Malaysia tetapi lebih jauh ke peringkat antarabangsa.
Misi dan visi yang dicanang dalam arus perubahan Parlimen Jeli akan melahirkan Parlimen Jeli yang berwajah baru seperti mana dalam ucapan YB.Dato’ Mustapa Mohamed ketika berucap semasa taklimat pembangunan Jeli RMK-9 di MRSM Jeli.

Keprihatinan Seorang Ahli Parlimen