Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Hampir 2000 Orang Sertai Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 04 September 2008

Picture 024.jpg

YB.Dato' Mustapa Mohamed Menyampaikan Sumbangan berbuka Puasa

BUKIT NANGKA 04 SEPTEMBER 2008 – Kira-kira 2000 orang telah membanjiri perkarangan Kompleks UMNO Bahagian Jeli sempena Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jeli, dekat sini ,semalam.

Majlis tersebut merupakan majlis tradisi yang diadakan oleh UMNO Bahagian Jeli setiap kali menjelmanya bulan ramadhan.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed, selaku Ahli Parlimen Jeli merangkap Ketua Bahagian dalam ucapannya berkata, majlis berbuka puasa pada kali ini agak terlewat 1 hari kerana kebiasaanya majlis tersebut diadakan pada 2 ramadhan setiap tahun.

Majlis yang bermula kira-kira jam 4.30 petang semalam diisi dengan pelbagai program keagamaan sebelum tibanya waktu berbuka puasa. Antara nya seperti tadarus dan ceramah berkenaan dengan puasa dibulan ramadhan serta kekuatan iman seseorang manusia.

“semoga kita semua bersyukur sebagai rakyat Malaysia kerana negara kita aman dan damai”

“..semoga kita semua terhindar dari pelbagai fitnah…semoga negara kita sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T” kata YB.Dato’ Mustapa semasa berucap dimajlis terbabit.

Dalam majlis yang sama, YB.Dato’ Mustapa Mohamed turut menyampaikan sumbangan berbuka puasa kepada 102 UMNO Cawangan di Parlimen Jeli serta beberapa jabatan kerajaan antaranya Ibu pejabat Polis Daerah Tanah Merah dan Jeli, balai-balai polis seluruh Parlimen Jeli, Majlis Daerah Jeli, tentera dan Jabatan Bomba Jeli.

Picture 026.jpg

Antara Yang Hadir Semalam

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement