Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Padi Lubok Bonggor Mula Di Tuai Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 02 September 2008

P8310046.JPG

Pertama Dari Kanan: Mohd Zain Bersama Seorang Pesawah Meninjau Padi Mereka

LUBOK BONGOR 02 SEPTEMBER 2008 – Seramai kira-kira 120 pesawah dekat sini menyuarakan rasa bersyukur kerana padi yang diusahakan pada tahun ini sudah mula dapat dituai, sewaktu ditemui, dekat sini, hari ini.

Proses mengetam padi yang mula dibuat pada 31 Ogos 2008 lalu menunjukkan hasil yang agak lumayan dan menyenangkan semua pihak.

Wakil pesawah Mohd Zain Ismail, 68, ketika ditemui berkata, beliau berharap pada musim hadapan, mereka semua dapat mengusahakan  2 kali setahun seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran padi mereka.

“Di Parlimen Jeli, kawasan ini merupakan kawasan sawah padi yang paling luas dengan keluasan 40.47 hektar.

Katanya lagi, beliau berharap pihak kerajaan dapat mempertingkatkan lagi bantuan bagi meningkatkan mutu serta pengeluaran padi.

“Satu ekar padi di sini mampu menghasilkan dua tan padi dan masih aktif lagi mengeluarkan padi. 

“pada tahun ini kami lihat pengeluaran kami makin bertambah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya….”

Sehubungan dengan itu juga, mereka melahirkan rasa terima kasih kepada jabatan pertanian, PELADANG dan MARDI yang telah banyak membantu mereka.
P8310047.JPG

Jentera Yang Digunakan Untuk Tuaian Padi

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement