
Gambaran Hadapan R&R Kuala Balah
KUALA BALAH 01 SEPTEMBER 2008 – Pembinaan hentian rehat R & R Kuala Balah hampir siap sepenuhnya sewaktu membuat tinjauan bersama YB.Dato’ Mustapa Mohamed, baru-baru ini.
YB.Dato’ Mustapa dalam program pemantauan tersebut membuat beberapa teguran berguna untuk keselesaan pengguna yang akan menggunakan kawasan rehat terbabit. Antara tegurannya ialah berkenaan jalan keluar-masuk kawasan rehat terbabit hanya dibuat satu jalan sahaja dan YB.Dato’ Mustapa Mohamed segera menghubungi pemaju yang berkaitan supaya membuat dua laluan jalan yakni satu jalan masuk dan satu lagi jalan keluar supaya memudahkan pengguna serta memberi keselesaan kepada pengguna.
Projek yang bernilai RM 195,000 terbabit dijangka akan siap beroperasi pertengahan ramadhan ini memandangkan YB.Dato’ Mustapa Mohamed ingin memberikan suasana serta gambaran baru kepada masyarakat Parlimen Jeli di perantauan yang akan pulang menjelang hari raya kelak.
Keprihatinan YB.Dato’ Mustapa terhadap pembangunan di Parlimen Jeli amat memuaskan hati semua pihak. Walaupun terlalu sibuk di Kuala Lumpur tetapi beliau masih mempunyai masa memantau setiap projek yang berjalan di Parlimen Jeli

YB.Dato' Mustapa Mohamed Semasa Pemantauan Projek