Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Program Lawatan YB. Dato' Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 September 2008

copy1.jpg

Koleksi Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed

PARLIMEN JELI 01 SEPTEMBER 2008 – Kira-kira 15 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sempena pulang ke Parlimen Jeli, sabtu lalu.

Seperti kebiasaan, aktiviti YB.Dato’ Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli adalah melibatkan pertemuan dengan masyarakat, agensi-agensi kerajaan, NGO, lawatan pemantauan projek-projek pembangunan dan sebagainya.

Program pertama di Parlimen Jeli ialah ramah-mesra bersama rakyat di gerai 12 di Kg.Bukit Bunga dan di ikuti pula lawatan projek baik-pulih Pusat Dakwah Parlimen Jeli.Tidak berhenti di situ, program di teruskan dengan lawatan dan ramah-mesra bersama pegawai di CIQ ( Custom, Immigration, Quarantine ).

Program diteruskan dengan ramah-mesra bersama masyarakat sekitar  di kedai kopi Nasir dan seterusnya bergerak ke tapak pembenihan ikan keli di Kg.Bharu Jalan Malaysia. Selepas itu YB.Dato’ sempat singgah sebentar di rumah Abang Hin juga di kampung yang sama.

Program ke tujuh YB.Dato’ Mustapa di Parlimen Jeli ialah menghadiri taklimat khas bersama penternak ikan air tawar di PUSPA Tani, Gemang. Menjelang tengahari, YB.Dato’ Mustapa pula bergerak ke Masjid Kuala Balah untuk solat zohor berjemaah bersama masyarakat di Kuala Balah.

Program berakhir kira-kira jam 4.30 petang selepas menghadiri beberapa lagi program lain antaranya ziarah kematian, kenduri kahwin, kenduri kesyukuran serta beberapa lagi ramah-mesra bersama masyarakat sekitar Parlimen Jeli

copy2.jpg

Kemesraan Pemimpin

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement