
Dr. Mahmad Menyampaikan Ceramah Kepada Peserta
BUKIT NANGKA 29 OGOS 2008 – Seramai 60 orang masyarakat Parlimen Jeli yang melalui Pusat Pembangunan Sosial Ekonomi Parlimen Jeli telah menyertai Kursus Penternakan Kambing yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI ), dekat sini, semalam.
Kursus yang bermula jam 9.00 pagi tersebut, memuatkan pelbagai intipati dan perbincangan serta taklimat berkenaan ternakan kambing termasuklah cara mengurus ternakan, pembiakkan kambing, dan kesan-kesan yang positif hasil ternakan serta input-input yang berguna.
Hasil taklimat yang di sampaikan oleh Dr. Mahmad Mustafa dari MARDI berkenaan penternakan kambing boer secara komersil, bekalan kambing negara kini tidak mampu menampung permintaan yang tinggi dari luar negara. Oleh yang demikian, semua masyarakat digalakkan memelihara kambing memandangkan ia mampu memberi pulangan yang lumayan.
Selain daripada taklimat ternakan, mereka yang hadir di bawa ke ladang contoh penternakan kambing boer di Bukit Bunga bagi mengikuti kursus secara amali dan mendekati ternakan dengan lebih dekat.
Majlis bersurai kira-kira jam 5.00 petang selepas upacara penyampaian sijil kursus diadakan oleh pihak MARDI.

Antara Yang Hadir Tekun Mendengar Ceramah Yang Di Sampaikan