
Pegawai Dari Jabatan Veterinar Menyampaikan Kursus
GEMANG 28 OGOS2008 – Seramai 16 orang telah menghadiri kursus ternakan lembu di Pusat Urusan Sehenti dan Perkhidmatan Agro Tani (PUSPA Tani) Parlimen Jeli, dekat sini, semalam.
Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada penternak yang baru ingin menceburi bidang penternakan lembu.
Sehubungan dengan itu juga, peserta kursus akan didedahkan dengan cara-cara penternakan lembu dengan terurus dan bersistematik serta penjagaan lembu dengan baik.
Bagi seorang peserta Mohd Hassan Mat Zin, 37, kursus yang diberikan banyak memberi ilmu pengetahuan kepada beliau, serta beliau amat bersyukur dengan wujudnya PUSPA Tani mampu memberikan pendedahan lebih banyak dalam pertanian.

Antara Yang Menyertai Kursus Ternakan Lembu