
En.Noordin Memerhati Perarakan Murid-Murid Beliau.
BATU MELINTANG 28 OGOS 2008 – Seramai 780 orang pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsan Batu Melintang telah menyertai perarakan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dekat sini, semalam.
Majlis semalam merupakan majlis kemuncak sempena menyambut kemerdekaan kali ke 51 pada tahun ini yang dirasmikan oleh Guru Besar sekolah terbabit, En.Noordin bin Mustaffa.
Sempena menyambut kemerdekaan pada tahun ini, pihak sekolah telah memulakan program sejak awal bulan lagi yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya seperti pertandingan mewarna, pertandingan menulis sajak, pertandingan menulis cerita pendek, melukis, pertandingan kelas tercantik dan sebagainya.
En.Noordin dalam ucapannya dihadapan para pelajar menyeru para pelajar, guru-guru serta masyarakat di Malaysia menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.
“….kita perlu belajar dan menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh kepimpinan yang lalu dalam mencari kemerdekaan Negara”
“pejuang-pejuang melayu dahulu berjuang bermandian darah dari ditindas dan dijajah oleh orang-orang inggeris….sukarnya untuk mencapai sebuah kemerdekaan” katanya dalam majlis perasmian terbabit.

Para Pelajar Semasa Mendengar Ucapan Perasmian