
Abdul Somad Menunjukkan Tanaman Herba Beliau Di Tanah Seluas Satu Setengah Ekar
WAKAF ZING 27 OGOS 2008 – Abdul Somad Abdullah,46, merupakan pengusaha Tanaman Herba Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) yang pertama di Parlimen Jeli, sewaktu ditemui, dekat sini, hari ini.
Sehubungan dengan itu, beliau juga merupakan Ketua Kelompok Projek Limau Madu, Ayer Lanas, yang kini telah mencecah hampir 4 tahun.
Projek Tanaman Misai Kucing tersebut merupakan projek percubaan hasil kerjasama dengan Jabatan MARDI. Hasil temubual bersama beliau pagi tadi, projek ini merupakan projek yang mendapat ilham dari YB. Dato’ Mustapa Mohamed yang ingin membawa tanaman herba di Parlimen Jeli seterusnya menggalakkan masyarakat di Parlimen Jeli turut terlibat dengan industri tanaman ini.
“….pertanian mempunyai potensi yang besar, masyarakat di Parlimen Jeli hari ini amat bertuah kerana Ahli Palimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia…”
“..kita di Parlimen Jeli harus menyahut hasrat kerajaan yang ingin membangunkan bidang pertanian seterusnya mengambil peluang yang ada kerana YB.Dato’ Mustapa Mohamed sebagai Menteri Pertanian..” katanya.
Hal yang demikian juga, sewaktu ditemui beliau berkata, MARDI terutamanya, banyak membantu serta memberi tunjuk-ajar kepada beliau dalam mengusahakan tanaman ini termasuklah dari segi anak benih, penjagaan serta penjualan hasil tanaman.
Projek yang telah memasuki tuaian kedua ini ternyata memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Hasil tuaian dijual dengan kadar harga RM 1.20 basah serta RM 18 ke RM 21 sekilo pada tuaian kering.
“..saya menceburi bidang pertanian sejak saya berumur 18 tahun,pertanian sudah sebati dengan kehidupan saya…dalam pertanian kita perlu rajin berusaha serta perlu perancangan yang rapi sebelum mengusahakan sesuatu tanaman..” kata beliau yang juga merupakan seorang OKU( Orang kurang Upaya).

Abdul Somad Menunjukkan Tuaian Misai Kucing