
Dua Dari Kanan: En.Nordin Mahamud Mempengerusikan Taklimat
PUSPA Tani 26 OGOS 2008 – Satu taklimat berkenaan Projek Ternakan Ayam Berkelompok Fasa I telah di adakan, dekat sini, hari ini.
Taklimat tersebut di pengerusi oleh Pegawai Khas YB.Dato’ Mustapa Mohamed, En. Nordin Mahamud bersama dua orang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Pegawai Khas Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi, En. Mustafa Musa.
Taklimat disampaikan kepada lebih kurang 10 orang ketua projek ternakan bagi menjayakan projek tersebut.Penerangan serta perbincangan yang rapi telah dibuat bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sehubungan dengan itu juga, perjumpaan tersebut turut membincangkan perkara-perkara berhubung tempat ternakan makanan, penjagaan dan sebagainya.

Ketua-Ketua Projek Ternakan Ayam Berkelompok