Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Peserta Projek Kambing Berkelompok Fasa II Dihantar Berkursus Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Ogos 2008

P8240034.JPG

Sesi Bergambar Sebelum Bertolak Ke Pengkalan Hulu

 PUSPA Tani 26 OGOS 2008 – Seramai 15 orang penternak bagi Projek Ternakan kambing Berkelompok Fasa II telah dihantar berkursus di Pengkalan Hulu, Perak dekat sini, hari ini.

Kesemua mereka bertolak menggunakan kenderaan UMNO Bahagian Jeli lebih kurang jam 10.00 pagi tadi dan akan berada disana selama 3 hari 2 malam.

Kursus yang berlangsung di Ladang ternakan Kambing, Kampung Bukit Serdang ini secara praktikalnya akan memberi pendedahan secara langsung terhadap cara-cara penternakan dan penjagaan kambing secara teratur dan efektif.

Hal yang demikian juga, hasil temubual bersama En.Amsyar Othman, Pegawai Penyelaras, Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli, kelompok ini merupakan kelompok yang kedua selepas kelompok pertama yang lepas kini dalam proses menyiapkan kandang untuk ternakan dibawa masuk.

“YB. Dato’Mustapa Mohamed mempunyai cita-cita yang besar terhadap projek ini…dan berharap setiap yang terlibat dapat mengusahakan ternakan ini dengan cemerlang”kata beliau.

Misi YB.Dato’ Mustapa Mohmed membawa masyarakat Parlimen Jeli membangun dari aspek pertanian kini jelas dan terlaksana. Program demi program diatur demi meningkatkan aktiviti pertanian di Parlimen Jeli.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement