Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Lawatan Kerja Jeneral Tentera Darat Thailand Ke Malaysia Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 25 Ogos 2008

IMG_5859.JPG

Dari Kanan: Tan Sri Muhammad Ismail Berjabat Salam Bersama Jeneral Anuphong

BUKIT BUNGA 25 OGOS 2008 – Panglima Angkatan Tentera Darat Thailand Jeneral Anuphong Paojinda bersama 13 pegawai kanan Angkatan Tentera Negara berkenaan mengadakan lawatan kerja sehari ke kawasan sempadan Malaysia-Thailand, hari ini.

Ketibaan beliau, bersama deligasi tersebut di sambut oleh Panglima Tentera Darat Malaysia ( ATM) Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin di Jambatan Muhibbah yang menghubungkan Malaysia – Thailand di Bukit Bunga pagi tadi.

Rombongan berkenaan kemudian dibawa ke Pengkalan Pendaratan Helikopter di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga untuk dibawa ke Kem Tasek Banding, Grik, Perak bagi sesi taklimat mengenai keselamatan sempadan kedua-dua buah negara.

Selepas itu, mereka turut meninjau kawasan operasi ATM di sempadan Pos Renak sebelum pulang ke Thailand.

Turut hadir Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Dato’ Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Nor dan Panglima Lapan Briged, Brigedier Jeneral Azizan Md Deli.
IMG_5867.JPG

Jalinan Keakraban Keselamatan Antara Dua Negara

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement