
Pelajar Menerima Sumbangan Mewakili YB.Dato' Mustapa Mohamed
BANDAR JELI 24 OGOS 2008 – Seramai 50 orang pelajar, fakir miskin, warga emas dan golongan yang memerlukan menerima sumbangan sempena Majlis Penutup Program Basikalthon baru-baru ini.
Pengerusi Belia Bandar Jeli, Wan Thakormunshi Wan Mustafa ketika ditemui berkata, sumbangan yang di berikan merupakan salah satu usaha untuk meringankan beban golongan yang memerlukan di Parlimen Jeli
“Sumbangan ini merupakan inisiatif Dato’ Mustapa Mohamed selaku Ahli Parlimen Jeli dengan kerjasama, Pertubuhan Penggerak Generasi Muda(M) Kelantan dan Persatuan Belia Bandar Jeli.
Katanya, tujuan kita hanya satu iaitu mahu membantu mereka dan ianya sebagai satu rangsangan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.
“Pihak Ahli Parlimen, pertubuhan dan Persatuan Belia sentiasa peka dengan keadaan ini, bantuan yang di berikan merupakan satu tanggungjawab untuk membantu golongan ini.
Selain itu, melalui bantuan ini sekurang-kurangnya memberikan satu insentif kepada mereka untuk berusaha lebih gigih bahkan bagi pelajar satu galakan kepada mereka untuk terus cemerlang dalam pelajaran.
Jelasnya, sumbangan yang diberikan juga tidak mengira fahaman politik, apa yang penting ialah golongan yang perlu di bantu serta mereka yang layak menerimanya.
“Sejajar dengan sikap penyayang dan prihatin rakyat Malaysia terhadap masyarakat, inilah yang cuba kita laksanakan, kita cuba membantu mereka melalui sumbangan di mana mereka ini memerlukan pembelaan dan perhatian.
Turut hadir memeriahkan lagi majlis yang di adakan di Balai Bomba dan penyelamat Jeli ialah AJK UMNO Bahagian En. Mat Abu Hamad serta barisan kepimpinan PGMK dan Persatuan Belia Bandar Jeli.
Majlis turut di selitkan dengan penyampian hadiah kepada pemenang Program Basikalthon Rakan Muda.

En.Mat abu Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang Basikalthon