
Pokok Anggur yang Ditanam Di PUSPA Tani
PUSPA Tani 24 OGOS 2008 – Agak menarik perhatian ramai apabila pokok anggur telah mula ditanam di Taman PUSPA Tani, sewaktu membuat tinjauan, dekat sini, hari ini.
Hasil temubual bersama Pegawai penyelaras Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli, En. Amsyar Othman, berkata, pokok tersebut mula dibawa oleh pihak Jabatan Pertanian pada minggu lalu.
“Ia agak menarik perhatian ramai…pada musim cuti sekolah, ramai yang mengunjungi taman ini, ia adalah dikalangan pengguna lebuhraya Timur-Barat yang berhenti rehat di sini ( R & R Gemang)” katanya.
“selain pokok anggur, pihak Jabatan Perikanan juga telah memasukkan 2 buah politank yang memuatkan sejumlah lintah untuk diternak dan sebagai sampel untuk dipertontonkan kepada pengunjung yang datang ” tambah beliau.
Hal yang dedmikian juga, terdapat ternakan lain yang ditempatkan di taman terbabit antaranya ternakan ikan keli yang kini telah pun membesar dan dapat dipasarkan.

Ternakan Lintah Di Taman PUSPA Tani