Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Basikalthon Rakan Muda Didik Peserta Hayati Kemerdekaan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 23 Ogos 2008

IMG_5202.JPG

100 Orang Peserta Basikalthon Jeli 2008

BANDAR JELI 23 OGOS 2008 – Bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-51 pada tahun ini, peserta –peserta Program Basikalthon Rakan Muda yang berlangsung, semalam di didik menghayati erti kemerdekaan, dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Progam, Malika Abdul Malek merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Generasi Muda(M) Kelantan ketika di temui berkata, setiap hentian yang perlu di lalui peserta di selitkan dengan unsur-unsur patriiotik serta kemerdekaan.

“Peserta-peserta di didik supaya dapat berfikir tentang kemerdekaan lebih –lebih lagi kepada golongan muda.

Katanya, kaedah ini merupakan salah satu cara untuk menanam semangat patriotik di kalangan anak-anak muda supaya mereka tahu erti kemerdekaan yang hakiki.

Beliau berkata demikian ketika di temui di Balai Bomba dan Penyelamat Jeli selepas majlis pelepasan kira-kira 100 peserta di lakukan pada jam 9 pagi.

Jelas Malika, simbolik pemberian sekeping biskut kepada peserta juga bertujuan untuk melihat kerjasama peserta samada dapat ‘menjaga’ ataupun tidak biskut berkenaan.

“Hancurnya biskut menunjukkan tiadanya keutuhan dalam kumpulan dan begitulah jua bangsa kita, jika kita dapat bersatu maka kuatlah bangsa kita selain mempertahankan 51 tahun kemerdekaan negara.

“Usaha untuk mendidik semangat kemerdekaan ini turut di selitkan usaha kami membanteras gejala sosial yang berlaku di kalangan anak-anak muda pada masa sekarang.

“Kita mahu anak-anak muda di lahirkan sebagai seorang yang berkaliber dan tahu hala tuju untuk membawa cabaran negara pada masa hadapan,”tambahnya.

Bagi Pengerusi Belia Bandar Jeli, Wan Thakormunshi Wan Mustaffa berkata, program yang dilaksanakan ini merupakan program pertama kali berlangsung di peringkat kebangsaan bagi Jajahan Jeli.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement