Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Gonzales VI Gegarkan Bandar Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 22 Ogos 2008

IMG_5575.JPG

Kiri: En.Ruji Ubi Melepaskan Rombongan Ekspidisi Gonzales VI

JELI 22 OGOS 2008 – Ekspedisi Gonzales VI mengegarkan Jeli apabila sejumlah lebih 202 pacuan empat roda singgah di Padang Istiadat Bandar Jeli melalui acara pelepasan kedua yang di lepaskan oleh Pegawai Khas Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, En. Ruji Ubi, dekat sini, semalam.

Penyeleras Teknilkal Program, Zulkifli Mohd Ali ketika ditemui berkata, ekspedisi pada kali ini cukup mencabar ketahanan peserta.

“Trek laluan baru di teroka bagi memberikan satu cabaran dan pengalaman berguna kepada peserta, inilah yang dinamakan cabaran ekstrem.

Katanya,  trek laluan balak dan laluan sedia ada menuju ke kem turut di gunakan dan ekspedisi ini akan melalui perkampungan Sungai Rual.

“Di sana kita juga akan berhenti seketika menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli sebelum meneruskan perjalanan.

“Saya juga cukup gembira apabila ada di kalangan peserta membawa ahli keluarga masing-masing bagi merasai kehangatan Gonzales VI pada kali ini.

Katanya lagi, ketika inilah peluang dan masa yang ada dapat di gunakan untuk bersama keluarga dan anak-anak bercuti di dalam hutan belantara kerana secara tidak langsung memberikan satu pengalaman berguna kepada anak-anak suatu hari nanti.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement