
Taklimat Dari En.Hamat
GEMANG 21 OGOS 2008 – Seramai 15 orang telah menyertai Kursus Asas Ternakan Ikan bertempat di PUSPA Tani dekat sini, hari ini.
Kursus tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perikanan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli dengan tujuan memberi pendedahan kepada penternak yang baru sahaja ingin berkecimpong dengan bidan ternakan ikan.
Sehubungan dengan itu juga, kursus ini secara langsung memberi pendedahan yang lengkap tentang cara-cara penternakan ikan termasuklah dari aspek menternak, penjagaan ternakan, pemakanan ikan, jenis-jenis air yang sesuai untuk ternakan dan sebagainya.
Kursus ternakan ini disampaikan oleh En. Hamat Bin Che Lah dari Jabatan Perikanan Jeli/Tanah Merah Kelantan.Peserta yang hadir merupakan peserta yang dipilih setelah mendaftar di Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Jeli.

Antara Yang Terlibat