
(Kanan) Ishak Bergambar Bersama Peserta Kursus Di Bengkel Milik Beliau
RENYUK 20 OGOS 2008 – Seramai 20 orang dari Kampung Seting, Renyuk telah mengikuti Kursus Membuat Biskut dan Kek dekat sini, hari ini.
Kursus tersebut di anjurkan bersama oleh Bengkel IKS yang dimiliki oleh Ishak Abu Hanifah bersama isteri, dan Pejabat RISDA.
Kursus ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu penduduk meningkatkan sumber pendapatan mereka.
“..inilah yang kita usahakan..kursus ini diharap dapat memberi pengetahuan tentang cara-cara pembuatan kek dan biskut”
“ia secara tidak langsung dapat melahirkan usahawan baru dan sekaligus dapat meningkatkan sumber pendapatan keluarga mereka”
“saya mahu membantu penduduk kampung dengan lebih baik lagi” tambah Ishak sewaktu ditemui dekat sini.