Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kem Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Ayer Lanas 2008 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 20 Ogos 2008

Picture 006.jpg

Dr.Sahrol Sewaktu Menyampaikan Ucapan

AIR CHANAL 20 OGOS 2008 – Seramai 100 orang warga emas telah hadir memeriksa kesihatan mereka dekat sini, hari ini.

Kehadiran mereka adalah sempena Kem Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Ayer Lanas 2008 yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Ayer Lanas. Air Chanal pada kali ini merupakan tuan rumah kepada program tersebut.

Terdapat 3 buah kampung yang terlibat dalam program ini iaitu Kampung Legeh, Kampung Sg.Satan dan Kampung Air Chanal.Program tersebut dirasmikan oleh Pegawai Perubatan Dan Kesihatan Klinik Ayer Lanas, Dr. Sahrol Nizam Bin Abu Bakar.

Hasil temubual bersama Dr.Sahrol, program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang cara hidup sehat terutamanya kepada warga emas.Di samping itu juga ia bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan dating ke klinik untuk pemeriksaan walaupun dalam keadaan sihat.

Hal yang demikian juga, ia secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan di antara warga emas dan kakitangan kesihatan.
Picture 004.jpg

Warga Emas Memeriksa Kesihatan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement