
Peserta Kursus Bergambar Sebelum Bertolak Ke Johor Bharu
GEMANG 19 OGOS 2008 – Seramai 26 orang Peserta Ternakan Ayam Berkelompok Parlimen Jeli telah menyertai Kursus di Institut Kemajuan Ternakan Ayam di Johor Bharu, dekat sini, semalam.
Kursus 3 hari 2 malam ini akan memberi pendedahan kepada penternak tentang pengurusan ternakan ayam termasuklah dari segi penjagaan kesihatan, pemakanan, dan sebagainya.
Peserta seramai 26 orang ini terdiri daripada 21 orang lelaki dan selebihnya terdiri daripada wanita.Kesemua yang terlibat ini adalah dikalangan mereka yang akan mengusahakan ternakan ayam secara berkelompok di Parlimen Jeli dan mereka yang terpilih adalah melibatkan kesemua kawasan di Parlimen Jeli.
Sehubungan dengan itu, kursus ini telah diuruskan oleh pihak pengurusan Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli yang telah beroperasi di bangunan MARA Gemang.
Pelbagai kursus telah dianjurkan oleh Pusat Pembagunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli demi membangunkan Parlimen Jeli terutama dari segi sektor pertanian dan ia juga merupakan hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed agar masyarakat di Parlimen Jeli terlibat dalam aktiviti pertanian dan ia sekaligus dapat menjana ekonomi masyarakat di Parlimen Jeli.