
Kiri: Dr.Azmi (Berucap) Bersama Urusetia Lawatan Roslan Mohamed
KUALA LUMPUR 18 OGOS 2007 – Satu sesi taklimat lawatan telah diadakan di bilik seminar, Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur dekat sini malam semalam.
Sesi taklimat tersebut diadakan oleh pihak urusetia lawatan sambil belajar di MAHA 2008, Serdang, Selangor bagi menjamin kelancaran perjalanan rombongan lawatan serta menerangkan etika sewaktu berada di tapak pameran terbabit.
Dalam Majlis yang sama, turut hadir, Dr.Azmi Setapa, Setiausaha Politik kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang turut menyampaikan sepatah-dua kata kepada peserta lawatan yang hadir.
“..tuan-tuan serta saudara-saudari yang hadir adalah amat bertuah kerana terpilih untuk mengikuti lawatan ini…di MAHA 2008 ini terdapat pelbagai acara dan pameran yang berkaitan dengan pertanian”
“..kita semua dapat belajar satui benda baru dan saya berharap semua yang hadir dapat belajar sesuatu dari lawatan ini..” kata Dr.Azmi dalam ucapannya

Peserta Lawatan Mendengar Taklimat Yang Disampaikan