
YB.Dato' Mustapa Menyampaikan Ucapan Kepada Peserta Lawatan
BUKIT NANGKA 18 OGOS 2008 – Seramai 100 orang peserta telah menyertai program lawatan sambil belajar di Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism Show 2008 (MAHA 2008) Serdang,Selangor, semalam.
Mereka adalah terdiri daripada ketua-ketua UMNO diperingkat cawangan bagi DUN Bukit Bunga dan DUN Kuala Balah serta masing-masing 9 dan 10 orang daripada mereka terdiri daripada Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Jeli.
Program lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi mereka pendedahan yang baru terhadap perkembangan sektor pertanian Negara di samping dapat memberi idea serta membuka minda agar turut sama menyahut hasrat kerajaan untuk membangunkan sector pertanian Negara.
Dalam program yang sama semalam, kehadiran mereka disambut dengan senyuman yang ikhlas dari Ahli Parlimen mereka, YB.Dato’ Mustapa Mohamed, yang juga merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapan beliau semasa di majlis ramah-mesra serta makan tengahari bersama warga dari Parlimen Jeli semalam berkata bahawa beliau amat gembira dengan kehadiran warga Jeli di MAHA 2008 serta berharap agar masyarakat di Parlimen Jeli dapat menimba ilmu seberapa yang mungkin agar dapat membangunkan Parlimen Jeli dalam bidang pertanian.
Antara Peserta Lawatan MAHA 2008 Dari Parlimen Jeli