Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pembinaan Kandang Bagi Projek Kambing Berkelompok Kg.Kelisar Siap Sepenuhnya Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 17 Ogos 2008

DSC00715.JPG

Kandang Yang Telah Siap Dibina

KELISAR 17 OGOS 2008 – Pembinaan kandang kambing bagi Projek Ternakan Kambing Berkelompok Parlimen Jeli telah siap sepenuhnya, sewaktu pemantauan projek oleh En.Nordin Mahamud, Pegawai Khas Kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, dekat sini semalam.

Kampung Kelisar merupakan kampung yang diletakkan dibawah projek khas YB.Dato’ Mustapa Mohamed bagi menggalakkan muda-mudi di kampung terbabit terlibat dalam aktiviti pertanian.

Selain Kampung Kelisar, terdapat 3 buah DUN yang terlibat dalam projek ternakan ini antaranya DUN Bukit Bunga, DUN Air Lanas dan DUN Kuala Balah. Hasil tinjauan tersebut, kandang telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu masa untuk dimasukkan baka kambing sahaja.

Sehubungan dengan itu juga, rumput di padang ragut juga telah mula tumbuh subur untuk dijadikan makanan alternatif kepada ternakan kelak.
DSC00718.JPG

Rumput Yang Ditanam Untuk Dijadikan Makanan Alternatif Ternakan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement