Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kuliah Jumaat Wadah Ilmu Masyarakat Parlimen Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 15 Ogos 2008

RIMG0085.JPG

Masing-Masing Melihat Buku Panduan Bacaan

JENUB 15 OGOS 2008 – Seramai 164 orang telah menyertai Program Kuliah Jumaat yang dianjurkan oleh pengurusan Pusat dakwah Parlimen Jeli dekat sini, hari ini.

Hari ini Ustazah Hjh.Sharifah Che Bedollah mengupas intipati Surah Al-Inssan yang mana dapat disimpulkan bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T dan akan mendapat ganjaran daripada ALLAH S.W.T  bagi orang-orang yang mengikuti petunjuk –Nya.

Sambutan yang amat membanggakan semua pihak setiap kali kuliah jumaat berlangsung dan ia sekaligus menggambarkan kejayaan program yang dianjurkan serta secara tidak langsung mencapai hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed untuk membangunkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek termasuklah bidang keagamaan bagi seluruh masyarakat di Parlimen Jeli.

Hal yang demikian,melalui bacaan surah juga, peserta akan membaca surah secara bergilir-gilir dan melalui bacaan bergilir-gilir tersebut, ustazah akan membetulkan kesilapan dari segi tajwid sekiranya terdapat kesalahan dari segi bacaan.

RIMG0087.JPG

Tekun Memerhati Setiap Ayat Yang Dibaca Oleh Ustazah Sharifah

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement