Wan Amalina Syamie Wan Aziz Menunjukkan Cara-Cara Menggunakan Portal I Curve U kepada En.Hamad Bin Mat Jais
BUKIT JERING 15 OGOS 2008 – Kampung Bukit Jering Parlimen Jeli antara salah sebuah kampung yang terpilih di Negeri Kelantan sebagai kampung angkat “ I Curve U” dibawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Penyelaras Program, Pn.Noor Shafina Shafie, sewaktu ditemui semalam berkata, terdapat 2 lagi kampung terpilih dalam program tersebut, antaranya Kampung Gual Ipoh, Tanah Merah dan Kampung Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan.
Program yang telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi pada 4 September 2007 yang lalu adalah untuk membantu Komuniti Luar Bandar melalui Portal I Curve U.
Ia merupakan gerbang maklumat capaian informasi sesuatu daerah, disamping menyediakan kemudahan jaringan capaian kepada perkhidmatan “online” kerajaan.
Katanya, portal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan cepat kepada Komuniti Luar Bandar melalui program ICT selain merapatkan jurang digital bagi memastikan setiap urusan dapat dicapai dan dilaksanakan di mana-mana sahaja tanpa sebarang halangan sempadan dan jurang.

Jururawat Desa Dan Masyarakat Kampung Yang Lain Mencuba Portal "I Curve U"