Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mangsa Ribut Dapat Perhatian YB.Dato' Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 14 Ogos 2008

P8120074.JPG

En.Ruji Ubi Menyampaikan Sumbangan Kepada Salah Seorang Yang Ditimpa Bencana

NIBONG 14 OGOS 2008 – “….deruman angin yang datang umpama bunyi helikopter yang terbang rendah…” kata, Stapa Yussof,65 tahun, sewaktu ditemui dikediaman beliau yang musnah akibat rebut kencang yang melanda dekat sini,baru-baru ini.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada rabu lalu, menerbangkan keseluruhan bumbung rumah beliau yang diduduki oleh beliau dan isteri serta 2 orang cucu dan menantu amat mengejutkan beliau dan keluarga.

Hasil temubual bersama beliau, sebelum ribut tersebut, beliau telah mengarahkan keluarga beliau ke rumah jiran yang agak lebih selamat dan hampir 5 minit mereka keluar dari rumah, sebatang pokok durian telah tumbang kearah rumah beliau dan meranakan bumbung kediaman tersebut.

En.Ruji Bin Ubi, Pegawai Khas Kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed hari ini menyampaikan sumbangan ikhlas bagi pihak YB.Dato’ kepada 61 keluarga yang ditimpa bencana alam tersebut.

“..saya amat berterima kasih kepada YB.Dato’ Mustapa kerana amat mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh kami di Parlimen Jeli..”

“……jasa beliau di Parlimen Jeli amat besar dan bermakna sekali bagi kami di Parlimen Jeli…rakyat Parlimen Jeli amat bertuah dan beruntung mempunyai Ahli Parlimen seperti YB.Dato’ Mustapa Mohamed” tambah beliau.

P8120082.JPG

Kiri: En.Ruji Ubi Bersama Stapa Yussof Di Kediaman Yang Musnah Akibat Ribut Rabu Lalu

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement