
Peserta Khusyuk Meneliti Buku Panduan
JENUB 13 OGOS 2008 – Seramai 40 orang telah menyertai Program Kitab Penawar Hati yang di anjurkan oleh Pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini, hari ini.
Program yang diatur dan yang dianjurkan ini adalah semata-mata memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat di Parlimen jeli dan sentiasa melalui detik-detik kehidupan dengan perkara-perkara yang mulia.
Sudah menjadi hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed agar Pusat Dakwah Parlimen Jeli menjadi satu wadah dan tempat penyebaran ilmu agama dan sebagai medan menuntut ilmu bagi seluruh masyarakat Jeli.
Seperti kebiasaannya, program ini merupakan program bacaan kitab dan tafsir untuk menjadi panduan bersama.Selain bacaan kitab, peserta berpeluang bertanyakan soalan sekiranya terdapat keraguan dalam melakukan tanggungjawab sebagai umat Islam di muka bumi ini.

Menuntut Ilmu Satu Kewajipan