Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 160 Orang sertai Sehati Wanita Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 12 Ogos 2008

P8100053.JPG

Ucapan Dari Pengurus Pusat Dakwah Sebelum Memulakan Majlis

JENUB 12 OGOS 2008 – Program Sehati Wanita Jeli hari ini diteruskan lagi dengan topik-topik yang agak menarik dekat sini, hari ini.

Sambungan kepadam minggu lepas, topic hari ini membincangkan soal penyakit hati dan rawatannya.Minggu lepas, Ustazah Hjh.Sharifah mengupas beberapa perkara penting berkenaan hati, antaranyanya jenis hati kering, hati keras, dan hati yang basah.Minggu ini sebagai sambungan kepada episod yang lepas, beliau mengupas lagi soal penyakit hati dan rawatan.

Di samping perbincangan tersebut, ustazah juga mengupas tentang sifat-sifat munafiq dan yang seharusnya dijauhi oleh umat Islam.Sifat munafiq seseorang manusia terutama orang-orang muslim boleh membawa kepada kekufuran kepada ALLAH S.W.T.Sehubungan dengan itu juga, sesi soal-jawab juga dibuka untuk memberi peluang kepada peserta bertanyakan soalan kepada penceramah.

Seramai 160 orang telah menyeretai program ini yang melibatkankan masyarakat sekitar Parlimen Jeli dan pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Cawangan Jeli.Program ini sentiasa dititikberatkan oleh Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang sentiasa memantau pergerakkan program di Pusat Dakwah Parlimen Jeli ini.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam Majlis Perasmian Perjumpaan Khas Kepimpinan pelajaran Kelantan bersama warga sekolah Parlimen Jeli baru-baru ini berkata, beliau amat berbangga kerana dapat memberi sumbangan kepada anak-anak di Parlimen Jeli dalam membina akhlak mereka.Amat jelas, beliau cukup mengambil berat dalam soal-soal keagamaan khususnya untuk generasi muda dan seluruh warga Jeli umumnya.
P8100054.JPG

Antara Yang Hadir

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement