Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Petani Parlimen Jeli Sertai Lawatan ke MAHA 2008 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 11 Ogos 2008

P8090063.JPG

Antara Peserta Lawatan MAHA 2008

JELI 11 OGOS 2008 – Seramai 38 orang dari masyarakat Parlimen Jeli yang dipilih oleh Jabatan Pertanian Daerah Jeli dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Jeli menyertai lawatan ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show 2008 (MAHA 2008) di Serdang, Selangor, yang selamat bertolak dari Pejabat Pertanian Daerah Jeli, dekat sini, hari ini.

Mereka yang terpilih adalah di kalangan peserta projek ternakan di Parlimen Jeli yang secara tidak langsung membuka minda mereka berhubung dengan pertanian Negara. Pameran terbesar di Asia Tenggara ini mempamerkan pelbagai aktivi pertanian Negara antaranya bidang ternakan, pertanian, dan pelbagai lagi industri berasaskan pertanian.

Pameran yang di anjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini mempertontonkan kepada umum bahawa bidang pertanian merupakan bidang yang amat mempunyai potensi untuk dimajukan dan ianya amat bertepatan dengan hasrat kerajaan yang meninginkan masyarakat terlibat dalam pertanian terutama masyarakat luar Bandar dan sekaligus akan meningkatkan pendapatan mereka.

Kesemua peserta lawatan bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 tadi dan dijangka akan ke tapak pameran pada esok hari.Salah seorang yang ditemui berkata, beliau amat berterima kasih kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed kerana mdemberi beliau serta masyarakat Parlimen Jeli yang lain mengikuti pameran tersebut.Beliau juga menambah,dengan adanya pendedahan seperti ini akan menaikkan semangat mereka untuk terus bergiat aktif dalam pertanian di samping memberi pengetahuan serta ilham yang baru dalam pertanian.
P8090062.JPG

Ramah-Mesra Peserta Sebelum Bertolak Ke MAHA 2008

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement