Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 YB.Dato' Mustapa Mohamed Rasmi Majlis Perjumpaan Khas Kepimpinan Pelajaran Kelantan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 10 Ogos 2008

P8090052.JPG

YB.Dato' Mustapa Mohamed Menyampaikan Sumbangan Kepada Wakil SMK.Batu Melintang

BUKIT BUNGA 10 OGOS 2008 – Majlis Perjumpaan Khas, Kepimpinan Pelajaran Kelantan bersama pengetua, guru besar serta AJK PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Jeli dan Kawasan KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) sempurna di rasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, di Dewan SMK.Bukit Bunga, dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut diadakan sempena penyampaian bantuan kecemerlangan kepada kira-kira 41 buah sekolah yang berada di Parlimen Jeli dan kawasan KESEDAR, dibawah peruntukkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebanyak RM 113,000 pada tahun ini.

Menurut Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli, Tn.Hj. Ramli dalam ucapan beliau berkata, pihak KESEDAR sentiasa menghulurkan bantuan kepada pihak sekolah pada setiap tahun.Pada tahun 2007, KESEDAR memperuntukkan sebanyak RM 93,200 kepada sekolah-sekolah untuk tujuan program kecemerlangan termasuklah program motivasi, kuiz kecemerlangan, kelas tambahan dan sebagainya kepada pelajar-pelajar yang bakal  mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapan beliau berkata, selaku Ahli Parlimen Jeli, beliau mahukan institusi pendidikan di Parlimen Jeli semestinya dimantapkan kerana bakal melahirkan golongan pelajar yang bakal memimpin Negara satu ketika kelak. Beliau sedaya yang termampu akan terus membantu bersama-sama pihak sekolah dan NGO yang lain bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

“..perjuangan saya untuk mengangkat martabat sekolah terutama membantu pihak sekolah melahirkan pelajar yang bermutu dan mampu bersaing di peringkat Negara dan antarabangsa” tambah beliau dalam ucapan perasmian terbabit.
P8090061.JPG

Antara Pengetua, Guru Besar Serta Guru-Guru Yang Hadir

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement