Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kuliah Jumaat Sentiasa Dapat Sambutan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 08 Ogos 2008

RIMG0070.JPG

Peserta Khusyuk Melihat Buku Panduan Tajwid

JENUB 08 OGOS 2008 – Seramai 100 orang telah menyertai kuliah jumaat yang di anjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.

Kuliah jumaat yang di adakan semalam di pimpin oleh Ustazah Hjh. Sharifah Che Bedollah yang mengadakan bacaan Surah Sejaddah secara bergilir-gilir oleh setiap yang hadir di kuliah terbabit.

Sehubungan dengan itu, teknik ini dapat membantu perserta meningkatkan kualiti bacaan serta teguran terus dapat dibuat sekiranya terdapat kesalahan pada bacaan.Inilah antara faktor yang menarik ramai peserta kuliah kerana masing-masing ingin membaiki kelemahan dalam bacaan terutama dari segi tajwid.

Hal yang demikian juga,tafsir dan pengajaran surah juga di adakan untuk santapan peserta yang hadir pada kuliah terbabit.Ia secara langsung mendekatkan manusia dengan pencipta serta memupuk nilai-nilai moral yang baik di kalangan manusia itu sendiri.

Di samping itu juga, peserta yang hadir pada sesi kuliah tersebut juga berpeluang bertanyakan soalan kepada ustazah sekiranya terdapat keraguan dalam sesuatu aspek yang berkaitan dengan agama serta kehidupan seharian
RIMG0071.JPG

Menuntut Ilmu Tidak Mengira Usia

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement